Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya tinggal di pangsapuri. Seperti Ustaz sedia maklum, zaman sekarang ramai penduduk pangsapuri bercucuk tanam di balkoni, termasuk saya. Saya juga telah meletakkan rumput buatan di atas balkoni. Jadi apabila saya menyiram tanaman, pastinya air akan mengalir di bawah rumput buatan, dan rumput juga akan basah terkena air yang disiram. Persoalannya, adakala saya siram tanaman saya dengan air baja (baja organik adakala mengandungi sedikit najis haiwan). Jadi adakah lantai saya yang terkena air baja tadi dikira kotor dan bernajis? Saya mengambil berat isu ini kerana kami tidak berselipar apabila berada di balkoni, takut sekiranya ia bernajis, terbawa masuk ke dalam rumah pula. Sekian, terima kasih Ustaz.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jika ada label bahan baja tersebut menyatakan najis, maka air yang mengalir itu dikira mutanajjis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.