BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang talak kinayah..saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan 1 tahun ini..seminggu setelah berkahwin,ketika dalam kereta saya dan isteri berbincang tentang perancangan kewangan keluarga..ketika berborak,saya telah berkata “kalau saya nak ambil balik cincin kahwin awak macam mana”?.ketika melafaz ayat tersebut tiba-tiba terdetik dan terlintas dalam hati nak bercerai..soalan1)apakah ianya dikira sebagai talak kinayah dan telah jatuh talaknya? Soalan 2)sekiranya suami berasa was-was tentang status lafaz ayat pada situasi tadi,suami telah minta rujuk dan isteri terima,apakah rujuk itu sah memandangkan suami berasa was-was dan ingin menyelamatkan keadaan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Lafaz talak kinayah hanya akan jatuh apabila ianya dilafazkan dengan niat untuk menceraikan isteri. Jika tidak berniat, maka tidaklah jatuh talak. Adapun, perkataan tuan bukan dalam kategori lafaz talak kinayah. 2. Talak tidak boleh disabitkan dalam keadaan was-was. Menurut kaedah Fiqh ada menyatakan bahawa ; اليَقِين لَا يزول بِالشَّكّ Maksudnya : “Keyakinan itu tidak dapat dihapuskan dengan perasaan syak (tidak pasti).” Sebaiknya, tuan rujuklah perkara ini terus ke Mahkamah Syariah berhampiran yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 83

message user image