BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah Hukum mengambil buah yang masuk kedalam halaman rumah jiran.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, hukum mengambil buah yang masuk ke halaman rumah jiran adalah harus, dengan syarat pokok tersebut adalah hak milik saudara. Namun, perlulah minta izin dan memohon maaf kerana telah melangkaui kawasan rumah orang lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 90

message user image