BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, saya ingin bertanya persoalan najis. Saya memutarkan pakaian bernajis di dalam mesin basuh, kononnya ingin melalukan air setelah selesai proses pembersihan tetapi ibu saya yang tidak tahu pakaian di dalam mesin itu bercampur najis mengangkatnya dan menyidai di ampaian sebelum saya sempat melalukan air. Saya rungsing apakah status mesin basuh tersebut. Pertama, bahagian bawah penutup mesin basuh yang terkena percikan air mutannajis di dalam mesin. Semasa air turun ke dalam mesin lalu terkena pakaian bernajis lalu terpercik ke bahagian permukaan pintu mesin basuh. Bagaimana hendak dilalukan air atau lebih tepat disucikannya? Kerana saya bimbang kalau saya jirus air akan akan terpercik ke dinding atau lantai. Kedua, sewaktu ibu saya mengangkat pakaian keluar dari mesin basuh, bagaimana dengan bahagian atas mesin yakni bahagian segala butang mesin di atas yang terkena pakaian yang bernajis itu sewaktu dibawa keluar? Bagaimana hendak disucikan. Saya bimbang kalau saya lalukan air takut air mengalir ke bawah dan terpercik juga ke lantai. Bolehkah sekadar lap basah saja bahagian permukaan atas mesin basuh itu? Apa status pakaian lain yang diangkat lalu terkena bahagian atas mesin basuh tadi? S Bahagian dalam mesin basuh telah pun saya lalukan air ke bawah. Saya cuma tertanya cara menyucikan bahagian luar yang terkena percikan air dan baju tadi. Dan apa pula status ampaian? Saya merasa sangat bersalah dan ingin menebus kesalahan saya kerana najis yang terdapat di pakaian tadi hasil dari khilaf dan dosa saya. Mohon dapat di jawab persoalan saya ini dengan teliti. Saya merasa sangat bersalah dalam hal ini. Terima kasih didahulukan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, apabila telah selesai proses pembersihan yang menggunakan mesin basuh, sebenarnya pakaian tersebut telah sedia bersih dari najis. Bagi panduan menyucikan pakaian yang terkena najis dengan menggunakan mesin basuh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah membuat garis panduan seperti berikut: Membasuh pakaian menggunakan mesin basuh automatik adalah suci kerana ia menepati hukum syarak dalam bab menyucikan pakaian. Ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh para fuqaha di dalam kitab dan fatwa yang muktabar. Merujuk kepada kitab Majmu’ Syarh Muhazzab karangan Imam al-Nawawi yang bermaksud: “Penulis kitab al-Tatimmah dan fuqaha yang lainnya mengatakan bahawa air mempunyai kekuatan sifat menyuci ketika dicurahkan ke atas benda yang terkena najis, maka tidak menjadi najis dengan akibat percampuran tersebut, bahkan air itu kekal suci. Jika sekiranya air itu dicurahkan ke atas pakaian yang ada najis dan air itu membasahi keseluruhan pakaian, maka pakaian itu suci. Sekiranya air dicurahkan ke dalam bekas yang bernajis dan sifat air itu tidak berubah akibat najis tersebut, maka ia adalah suci. Jika air itu dipusing-pusing ke setiap sudut bekas itu, maka sucilah keseluruhan bekas tersebut”. Oleh kerana pakaian tersebut telah bersih, maka tidak timbul masalah yang berkaitan dengan percikan air yang terkena dalam mesin basuh, lantai, dinding, ampaian dan sebagainya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 492

message user image