BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum. Saya sedia maklum sekiranya angin keluar melalui faraj, wudhu akan terbatal mengikut mazhab Syafie. Namun saya ingin memohon pencerahan sekiranya ia berlaku berulang kali akibat pergerakan dalam solat, adakah saya perla mengambil wudhu' dan mengulang semula solat? untuk pengetahuan, ia sering terjadi akibat pergerakan rukuk dan sujud ketika solat dan membebankan saya terutamanya ingin solat berjemaah, Adakah terdapat keringanan dalam kes ini seperti solat boleh diteruskan meskipun ia terjadi?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, pertamanya perlu dipastikan sama ada angin atau bunyi yang keluar benar-benar dari dalam lubang faraj atau dari kelopak faraj. Jika angin yang berbunyi berada di kelopak faraj, tidak membatalkan wuduk. Tetapi, jika diyakini angin yang keluar itu dari lubang faraj, maka ia membatalkan wuduk. Jika puan sendiri yakin angin yang keluar adalah dari dalam lubang faraj, maka tiada keringanan bagi kes puan. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَمْ لا فَلا يَخْرُجَنَّ مِنَ الْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا Maksudnya : “Jika sesorang diantara kamu mendapati ada sesuatu di dalam perutnya, maka akan ada sesuatu yang akan keluar dari perutnya atau ia tidak akan keluar sehingga ia mendengar bunyi atau keluarnya angin” (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 251

message user image