Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum mufti selangor, Sebelum tu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk jawapan dari persoalan2 saya sebelum ini. Saya ingin bertanya apakah hukum memasang radio mengaji di rumah sambil melakukan pekerjaan lain seperti mengemas, menjahit, memasak atau semasa tidur. Ini kerana ada pendapat yang mengatakan boleh dan ada yang kata tidak baik dibuka tanpa mendengar dan memahami ayat al quran dengan teliti. Semoga pihak mufti dapat menjawab soalan saya..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, memasang radio mengaji sambil melakukan kerja-kerja rumah adalah dibolehkan. Bagaimanapun, mendengar dan menghayati bacaan al-Quran dengan teliti adalah lebih afdhal. Firman Allah SWT : وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ Maksudnya : “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (al-A'raaf : 204) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.