BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: aku malas nk bahas benda ni dengan dia.... " kalau layan takut aku tak boleh kawal aku terlafaz....... Assalamualaikum ustaz, Saya ingin bertanya , ini adalah mesej wassup suami saya hantar kepada adik ipar saya . Perkataaan bertitik panjang itu adalah " talak " ? Saya nak tanya , adakah bila suami tulis begitu , akan jatuh talak ? Maknanya kalau suami saya berniat , maknanya jatuh atau tidak talak itu ? Boleh ustaz bagi penjelasan kepada saya ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, teks whatsapp dari suami yang dihantar kepada adik ipar ; “Aku malas nak bahas benda ni dengan dia... kalau layan takut aku tak boleh kawal aku terlafaz talak”, bukanlah lafaz talak. Teks whatsapp itu menyatakan bahawa suami bimbang jika dia terus membahas “benda” yang dimaksudkan itu tanpa kawalan, akan menyebabkan dia melafazkan talak. Walau bagaimanapun, teks tersebut tidaklah menyebabkan jatuh talak, ia hanya ayat pernyataan. Jika puan masih tidak jelas tentang perkara ini boleh terus merujuk kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan oleh Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa mengesahkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 60

message user image