BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Ustaz nak tanya kalau kanak kanak Islam bermain dgn patung babi dan kendong kesana kemari sampai bawak tidur apa hukum nya.Ustaz bukan anak patong yg bentok orang kerana anak patong di benarkan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukumnya tidak najis dan tidak wajib disertu, kerana yang dimain oleh kanak-kanak tersebut hanyalah patung walaupun bentuknya babi. Walau bagaimanapun, sebaiknya hendaklah dielakkan. Berilah kanak-kanak itu patung permainan lain selain daripada patung babi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 84

message user image