Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz..sy ad nk tnya sikit psl hukum agama..2 org sahabat sedang berbual dan salah seorg mngatakn dia lama xnpak kerana pergi menunaikn haji dgn niat bergurau.padahal dia x pergi pun menunaikan haji tersebut..apakah hukum org yg mengatakn sedemikian adakah jatuh kafir kerana memepermiankn hukum agama wlupun bergurau..klu jatuh kafir apa yg perlu dia buat bg mmbtulkn kesalahan dia..tq ustaz
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, gurauan tersebut tidaklah jatuh kafir, tetapi berdosa kerana berbohong. Oleh itu, bertaubatlah dengan sebenarnya kerana berbohong termasuk dalam kategori sifat dan tanda-tanda orang munafik. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda; آية المنافق ثلاث اذا حدث كذب واذا وعد اخلف واذا ائتمن خان Maksudnya : “Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mungkir, apabila diberi kepercayaan dia khianat”. (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.