BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya telah membeli sebuah kereta sebelum berkahwin (pinjaman pembelian dibuat dengan bank dan bayaran secara potongan gaji bulanan). Selepas berkahwin, saya telah menghantar kereta tersebut ke kampung untuk digunakan oleh ayah saya. Bayaran pinjaman akan tamat pada 2023. Saya ingin tahu jika suami saya tidak mengizinkan pembayaran pinjaman tersebut, adakah saya dikira berdosa? Saya wanita berkerjaya sebelum berkahwin. Saya juga ingin tahu adakah saya perlu mendapat keizinan suami saya untuk membelanjakan gaji saya setiap bulan. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, puan tidak wajib ikut perintah suami, dan teruskan bayaran tersebut sehingga selesai, kerana hutang wajib dibayar. Firman Allah SWT يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.” (al-Maidah : 1) Pendapatan (gaji) puan adalah hak puan. Justeru, tidak perlu meminta izin suami untuk menggunakan gaji sendiri. Namun, tidak salah untuk memaklumkan kepada suami perbelanjaan yang dibuat. Berbincanglah cara baik untuk penyelesaian yang terbaik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 111

message user image