BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz, apakah langkah terbaik bagi menikahkan seorang anak tidak sah taraf perempuan bagi memelihara aib anak tersebut?Adakah perlu bakal suami & keluarga bakal suaminya akan status beliau yang merupakan anak tisak sah taraf? terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, kedudukan anak tidak sah taraf tidak boleh disembunyikan, kerana banyak hukum-hakam yang perlu dijaga dan dipatuhi. Lebih-lebih lagi bagi seorang perempuan yang hendak berkahwin yang mesti berwalikan Wali Hakim. Oleh itu, bakal suami dan keluarganya perlu dimaklumkan. Sebenarnya soal aib anak tidak timbul, kerana anak itu tidak berdosa. Jika anak itu diberi didikan agama yang sempurna, dia mampu menjadi anak yang solehah dan calon isteri yang baik. Menyembunyikannya akan timbul persoalan, siapa yang akan menjadi walinya ketika dinikahkan, disamping perlanggaran hukum hakam lain, seperti batas pergaulan, aurat, perwarisan harta dan persoalan ibadah. Sebaiknya, diakuilah perbuatannya dan bertaubatlah agar diampunkan Allah kesilapan masa lalunya dan bukan menambah lagi dengan menyembunyikan kesilapan yang boleh menambahkan lagi dosa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 157

message user image