BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum Tuan/Puan panel, 1. Apa hukum menyampaikan prestasi baik/buruk staff bawahan (dlm bidang kuasa saya) bagi tujuan kelancaran syarikat? Apakah saya perlu menutup aib/ kelemahan staff dlm Perkara ini? (Staff tidak dapat menerima teguran, tiada pnambahbaikan dan kmajuan diri diambil Oleh staff w/pun ditegur dgn lembut. dan menjejaskan objektif syarikat.. Saya diberikan kuasa utk menilai staff bagi tujuan pemecatan, ini membuatkan saya rasa bersalah kerana merasakan ini menutup sumber rezeki staff.. Tetapi syarikat mendapat nama buruk akibat prestasi staff jika tindakan disebalik ya..)


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Perkara tersebut adalah satu amanah yang perlu dilakukan dengan seadil-adilnya. Nyatakanlah perkara yang benar walaupun pahit. Adil untuk staff dan adil untuk syarikat. 2. Sebagai pemengang kuasa (amanah), adalah tidak wajar menyembunyikan perkara yang benar jika memang terbukti staff ingkar perintah majikan, tidak kompeten dan seumpamanya, kerana boleh menjejaskan prestasi syarikat. Setiap organisasi perlu ada garis panduan pengambilan staff berdasarkan kepada objektif syarikat atau aku janji yang mesti dipatuhi. Jika staff sendiri didapati melanggar aku janji tersebut, adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk mengenakan tindakan yang sewajarnya berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini perlu ditegaskan agar tiada staff yang mengambil kesempatan, tidak amanah dalam menjalankan tugas kerana di luar sana masih ada orang yang layak jika diberikan peluang untuk diambil bekerja. Justeru, puan jangan rasa bersalah kerana sebenarnya setiap manusia itu Allah SWT telah berikan rezekinya masing-masing. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” (Hud : 6) Sebaliknya, puan perlu rasa bersalah menyembunyikan perkara yang benar, lebih-lebih lagi jika memberi kesan yang buruk kepada syarikat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 156

message user image