BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ingin bertanya apakah hukum jika suami isteri tidak tidur sekali dengan alasan anak yang sering mencari si ibu bila terjaga dari tidur.anak kami sudah 2 tahun dan si isteri sudah menasihati si suami tetapi tidak diendahkan dan menyebabkan si isteri berasa kurang perhatian dan kasih sayang daripada suami. Adakah si suami berdosa? Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tanggungjawab suami kepada isteri adalah memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri. Nafkah kepada isteri bukan terhad kepada nafkah makan minum, pakaian dan tempat tinggal sahaja. Bersikap adil, bertimbang rasa, mendidik dan memberikan perhatian serta kasih sayang kepada isteri adalah tanggungjawab suami kepada isteri dalam bentuk nafkah batin. Apabila suami enggan tidur bersama isteri sehingga menyebabkan isteri berasa kurang perhatian dan kasih sayang daripada suami boleh dianggap tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada isteri. Seseorang yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya adalah berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Cukup berdosa seseorang yang mengabaikan orang yang di bawah tanggungannya.” (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 70

message user image