BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya menghadapi masaalah berpuasa kerana saya akan mencirit jika makan setelah perut lama kosong dan saya akan berada lama didalam tandas. Jika bulan ramadhan, saya tak dapat isya dan tarawikh kerana masaalah ini. Saya telah mengalami masaalah ini selama 3 tahun setelah saya membuang pundi hempedu saya. Soalan: perlukah saya berpuasa?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, sekiranya saudara masih mampu untuk berpuasa pada bulan Ramadhan, adalah wajib jika saudara teruskan puasa. Bagaimanapun jika dengan berpuasa akan membawa lebih mudarat kepada kesihatan diri adalah dibenarkan untuk tidak berpuasa dan wajib mengqada’nya jika berkemampuan untuk berpuasa. Jika masih tidak mampu untuk berpuasa kerana akan memberi kemudaratan yang berterusan hendaklah membayar fidyah puasa dengan syarat selepas mendapat nasihat daripada doktor pakar muslim. Jika saudara menghadapi kesukaran untuk melakukan solat isyak dan tarawih di masjid kerana masalah kesihatan, saudara boleh terus melaksanakannya di rumah sahaja kerana hukumnya tidak wajib. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 173

message user image