BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya nak cuba baca dan faham hadis. Tapi macam Al-Quran, cuma ada 1 kitab je. Senang nak beli. Macam hadis ada berapa banyak kitab? Saya nak kena beli apa nama kitab hadis tu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bagi subjek hadis ada banyak kitabnya. Sebagai permulaan bagi mempelajari hadis, puan boleh membeli kitab Hadis 40 oleh Imam Nawawi atau kitab Riyadhus Solihin (رياض الصالحين). Sebaiknya, puan juga boleh mengikut mana-mana kelas pengajian hadis yang diadakan di masjid-masjid berdekatan untuk mempelajarinya. Mempelajari hadis Nabi SAW adalah satu kemuliaan kerana kita akan semakin kenal Nabi SAW. Ayat perintahkan kita mengikut Nabi SAW, firman Allah SWT : Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (ali-‘Imran : 31) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 99

message user image