Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan berkenaan isu samak/sertu.. Saya mempunyai sepasang selipar untuk kegunaan seharian saya dan pada suatu hari kawan serumah saya memberitahu bahawa ada seekor anjing liar telah baring pada selipar saya dihadapan rumah saya ketika saya menggunakan kasut pergi kerja . Saya terlupa untuk samak/sertu selipar itu dan memakainya untuk ke kedai kemudian pulang kerumah.. Adakah saya perlu samak/sertu selipar sahaja atau samak/sertu selipar, kaki dan carpet rumah saya kerana memijak carpet setelah memakai selipar yang tidak disamak/sertu itu tadi.? Mohon penjelasan dari pihak tuan. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, tidak perlu disertu seliper tersebut sekiranya didapati kering. Ini kerana dalam keadaan kering dengan kering, tidak menajiskan antara satu sama lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.