BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.. Usia perkahwinan kami baru hendak masuk 3 tahun. Pada awal bulan perkahwinan suami hanya memberi nakfah batin sebulan 2 kali. Pada bulan-bulan seterusnya suami jarang beri nakfah batin, hingga berlanjutan lebih 7 bulan tidak bersama. Beberapa bulan lepas, saya dengan tidak sengaja ternampak suami beronani di ruang tamu beberapa kali waktu lewat pagi ketika saya terjaga bangun ke tandas. Saya terkilan. Apa hukumnya jika berlanjutan begini dan apa harus dilakukan. Adakah dibolehkan seorang isteri untuk melepaskan nafsunya sendiri?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, perbuatan seorang isteri melepaskan nafsunya sendiri adalah dilarang. Orang yang melakukan onani untuk tujuan melepaskan kepuasan adalah orang yang mencari kepuasan selain dari perkara yang dibenarkan oleh hukum Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela” (al-Mu'minuun : 5-6) Dinasihatkan juga kepada puan supaya dapat berbincang dengan suami mengenai perbuatannya yang beronani tersebut. Melalui perbincangan tersebut mungkin puan dapat membantu suami dalam mengatasi perbuatannya daripada berulang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 150

message user image