BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Kadang kadang kemaluan saya melekat pada seluar dalam dan terdapat kotoran berwarna putih pada seluar dalam setelah dipisahkan. Apakah hukumnya kotoran itu? Adakah saya perlu mengqadha semula solat yang telah saya lakukan dalam keadaan seluar dalam saya terdapat kotoran tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kotoran berwarna putih pada seluar dalam merupakan air wadi yang keluar daripada zakar atau faraj ketika badan penat bekerja. Hukumnya adalah najis mutawassitah dan tidak perlu mandi wajib, memadai dengan membersihkan tempat terkena najis itu atau tukar kepada pakaian baru. Saudara hendaklah mengqada’kan semula solat kerana salah satu syarat sah solat adalah suci daripada najis, sama ada pada badan, pakaian atau tempat solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 68

message user image