BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum sebenar penggunaan kad kredit? Terdapat banyak pendapat di internet dan saya tidak tahu ingin ikuti yang mana.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, secara asasnya, dalam Islam adalah harus jika dikeluarkan oleh Institusi Kewangan Islam dalam penggunaan kad kredit. Namun ada dua perkara yang perlu diteliti sebelum menggunakan kad kredit, iaitu: 1. Sama ada kad kredit bersifat Islamik atau konvensional. Jika asasnya kad kredit yang dikeluarkan oleh Institusi Kewangan Islam, ia adalah jelas keharusannya. Namun sebaliknya jika konvensional ia adalah tidak harus atau haram digunakan oleh orang Islam kerana mempunyai unsur riba (kenaan faedah lewat bayar). Kesatuan Fiqh Antarabangsa OIC dalam ketetapannya nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 telah memfatwakan sebagai tidak harus. Sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba” (al-Baqarah : 275) 2. Keharusan kad kredit adalah kemampuan seseorang untuk tidak menangguhkan pembayaran bil dan membayar semua jumlah pada masa yang ditetapkan oleh Bank. Ini adalah bagi mengelakkan tunggakan hutang yang akhirnya membinasakan diri seseorang itu sehingga diisytiharkan sebagai bankrap. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abdillah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda: يُغْفَرُ للشهيد كل ذنب إلا الدَّين Maksudnya : “Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang” (Riwayat Muslim) Kesimpulannya, sebelum menggunakan kad kredit pihak tuan perlu meletakkan tahap tuan di mana. Jika kad kredit yang ditawarkan oleh Institusi Kewangan Islam adalah harus dan konvensional adalah haram. Sekalipun kad kredit adalah Islamik, tetapi dikhuatiri membawa bencana hutang yang tidak akan mampu dibayar adalah sebaiknya dielakkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 154

message user image