BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya ingin bertanya hal berkaitan isu lafaz talak. Saya dan isteri berselisih faham. Ketika saya berseorangan dan dalam keadaan marah, saya terbayang bagaimana keadaan hidup saya jika saya bercerai dengan isteri saya. Di dalam angan saya, saya kononnya ada pulang ke kampung dan memberitahu kepada ibu saya tentang perceraian saya. Yang menjadi kemusykilan kepada saya, saya ada terbisik (namun masih boleh dengar oleh telinga saya) dengan perkataan "mak, kita dah cerai". Adakah gugur talak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz tersebut bukanlah lafaz cerai sama ada lafaz cerai secara soreh atau kinayah. Adapun, jika tuan ingin mendapatkan kepastian dan pengesahan hendaklah mengemukakan perkara ini ke pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan, yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 150

message user image