BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Betulkah potongan rambut seperti di link di bawah adalah haram? http://www.wajibbaca.com/2016/05/tak-banyak-yang-tau-inilah-qoza-model.html?m=1 Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, menipiskan rambut di bahagian tepi sahaja dan membiarkan di bahagian lain boleh dikategorikan sebagai qaza’. Maksud qaza’ ialah potong sebahagian rambut dan biarkan sebahagian yang lainnya. Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, katanya : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن القزع Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang qaza’. (Riwayat al-Bukhari) Menurut Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ : Qaza’ (memotong sebahagian rambut kepala) hukumnya adalah makruh. Contoh qaza’ adalah :- i. Seorang yang membiarkan bahagian depan kepala, tapi mencukur bahagian belakangnya. ii. Bahagian tengah dibiarkan tapi kanan dan kirinya dicukur. iii. Bahagian tengah dicukur tetapi bahagian kanan dan kirinya dibiarkan. iv. Bahagian depan dicukur tetapi membiarkan bahagian belakangnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 154

message user image