BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah....adakah sah mandi wajib jika selepas mandi terperasan terdapat darah beku yang sedikit di jari?? Tidak pasti darah beku tersebut terjadi sebelum,semasa atau selepas mandi...jadi sah atau tidak mandi wajib tersebut?? Terima kasih...


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, mandi wajib tersebut adalah sah. Oleh kerana saudara sendiri tidak pasti tentang darah beku tersebut, ia tidak menjejaskan keyakinan terhadap mandi wajib yang diyakini telah sempurna. Kaedah berbunyi : اليقين لا يزول بالشك Maksudnya : “Keyakinan itu tidak dapat dihapuskan dengan perasaan syak (tidak pasti)”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 217

message user image