BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz,saya mohon pencerahan dari ustaz,suami saya merupakan seorang anak angkat,sebelum ibu angkat suami meninggal,ibu angkat ada mewasiatkan(wasiat mulut dan bersaksi) tapak rumah,kebun dan barang kemas di berikan kepada suami.Apakah wasiat mulut ini terpakai selepas ibu angkat suami meninggal atau semua harta peninggalan ini perlu di faraidkan kpd ahli keluarga ibu angkat?Memandangkan ibu angkat memang tiada anak bapa saudara(adik ibu)menjadi waris.Barang kemas yg di wasiat oleh ibu angkat suami ada pada saya.Perlukah saya pulangkan kembali kepada waris atau wasiat lisan ibu barang kemas itu di beri kepada suami adalah sah dari segi hukum syarak?mohon penjelasan ustaz.Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sebagai anak angkat, suami puan tidak boleh mewarisi secara faraid bahagian ibu angkatnya. Adapun, beliau hanya boleh menerima hibah dan juga wasiat. Adapun wasiat, suami puan tidak boleh menerima keseluruhan harta yang ada, hanya 1/3 sahaja daripada harta peninggalan tersebut. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Sa’ad Bin Abu Waqqas, katanya yang bermaksud: “Telah datang Rasulullah s.a.w untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sebahagiannya.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sepertiga.” Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.” Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka” (Riwayat al-Bukhari) Dan pelaksanaan wasiat ini tertakluk kepada hukum syarak dan undang-undang Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999. (http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/d252f680e20b6deb4825705f00219b56?OpenDocument) Sebaiknya, puan dapatkan khidmat pengurusan wasiat dan faraid melalui Bahagian Harta Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor, Ting. 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Atau hubungi talian : 03-5514 3773 / 03-5514 3772 / 03-5514 3570. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 152

message user image