BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum...apa hukum lelaki meluruskan rambut yang kerinting kerana selalu diejek rambut kerinting...adakah haram atau harus..terima kasih ??


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perbuatan mereka mengejek rambut (kerinting) sesama muslim, hukumnya adalah berdosa dan ia menunjukkan akhlak yang buruk. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (al-Hujuraat : 11) Tiada salahnya orang yang mempunyai rambut kerinting, kerana ia merupakan ciptaan dari Allah SWT yang sebaik-baiknya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (at-Tiin : 4) Justeru, niat untuk meluruskan rambut sewajarnya tidak dilakukan disebabkan pandangan manusia yang berfikiran negatif terhadap saudara, ia boleh dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah SWT. Nasihatilah mereka agar bertaubat dan tidak merendah-rendahkan dan menghina ciptaan Allah SWT agar mereka sedar dan tidak berterusan mengejek orang lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 173

message user image