BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Ayah saya telah memajak barang barang kemas di kedai pajak untuk kegunaan abang abang dan adik saya. Tetapi setelah ayah meninggal dunia saya dan suami telah menebus kembali barang barang kemas tersebut dan menyimpannya.Keaadan terdesak saya dan suami telah menggadaikan salah satu barang kemas tersebut untuk menambah modal membina sebuah rumah lain kerana berlaku konflik antara adik beradik . Pertanyaan saya apa hukum saya menggadaikan barang kemas tersebut padahal jika saya tidak menebus barang tersebut ia akan lebur begitu sahaja kerana tiada siapa yang mampu menebusnya kerana tarikh penebusan berakhir dalam waktu yang terdekat . Apa hukum penggunaan saya tadi dan apa yang saya perlu buat kerana barang tersebut telah saya gunakan ...terima kasih ustaz


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, menggunakan barang yang bukan milik sendiri hukumnya berdosa. Barang kemas yang telah ditebus itu tetap bukan milik puan, kerana yang menggadaikannya adalah arwah ayah. Gadaian tidak terbubar jika berlaku kematian salah seorang daripada dua pihak (penggadai dan pemegang gadai). Oleh yang demikian tanggungjawab gadaian berpindah kepada pewaris. Apabila penggadai meninggal dunia, maka waris hendaklah melunaskan bayaran tersebut menggunakan harta peninggalan si mati, kerana ia dikira sebagai hutang si mati yang wajib dibayar. Bermakna, barang kemas yang telah ditebus itu merupakan harta si mati yang perlu difaraidkan kepada ahli warisnya. Justeru, barang kemas yang telah digunakan untuk modal membina rumah, hendaklah diganti semula. Boleh juga setelah mendapat bahagian, maka ditolak sahaja amaun secara set off. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 288

message user image