Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum dan salam sejahtera.pada 21/2,suami saya telah melafaz taklik melalui apps whatsaap. Ayatnya adalah "Kalau curang @ contact lagi bekas kekasih,secara automatik akan jatuh talak. Lagi2 kalau jumpa laki lain masa abg takde tanpa kebenaran abg" . Suami saya berkata begitu kerana beliau musykil saya mengandungkan anaknya yg ke3 secara tiba2. Saya yang buntu dan masih terkejut suami yg cba menuduh saya berzina dgn lelaki lain,lebih terkejut dengan lafaz taklik drnya.tapi bagi saya tiada masalah kerana syarat taklik yg ditetapkan adalah perkara yg paling mustahil utk saya lakukan. Persoalan saya,adakah lafaz taklik akn trs berkekalan sampai bila-bila atau ada tempoh spt iddah? Selagi sy tdak melanggar syarat taklik,adakah saya msh blh trskan sbg suami isteri spt bersama?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan puan, Taklik yang ditaip oleh suami melalui aplikasi whatsapp itu tidak boleh ditarik balik dan ia kekal sepanjang perkahwinan puan, dengan syarat ia memang tulin dan ditaip oleh suami. Justeru, selagi taklik tidak dilanggar, maka tidaklah jatuh talak dan masih pasangan suami isteri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.