BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya bersama rakan bukan Islam makan di sebuah kafeteria. Mereka sedang makan pan mee yang ada mengandungi daging babi. Makan makanan mereka sudah tentu haram. Akan tetapi bau yang dikeluarkan daripada makanan mereka kadangkala kuat sehingga saya pun terhidu. Adakah haram saya menghidu bau makanan mereka walaupun saya tidak memakannya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, terbau makanan yang mengandungi daging babi tidaklah haram, sebaiknya hendaklah dielakkan kerana wap air masakan daging babi tersebut adalah najis mughallazah. Bauan masakan atau asap hasil bakaran anjing dan babi adalah najis mughallazah, sehingga apabila asap/ wap tersebut terkena pakaian, maka pakaian tersebut menjadi mutanajjis melainkan jika عموم البلوى. Tidak sah digunakan untuk solat, kerana syarat sah solat hendaklah suci daripada najis pada tubuh, pakaian dan tempat solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 112

message user image