Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apa hukum makan cengkerik? Yang sudah di goreng/masak
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, para ulama’ mengkategorikan secara umum serangga dan seumpamanya sebagai perkara yang jijik, yang secara urufnya orang tidak makan. Firman Allah SWT : وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ Maksudnya: Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk. (al-A’raf : 157) Justeru, cengkerik hukumnya adalah tidak halal sama ada ia digoreng atau dimasak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.