BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya hanif, ada nak bertanya soalan hukum feqah. Dalam 2 minggu lepas, saya ada menaiki motosikal melalui kawasan kejiranan saya. Sampai di hadapan halaman sebuah rumah di kawasan tersebut, tiba2 kaki saya terkena percikan air basuhan lantai halaman rumah tersebut. Saya perhatikan, terdapat seekor anjing peliharaan di rumahnya, dan saya tidak pasti apa yang dibasuhnya dan di mana tempat anjing itu duduk. Soalan saya, apa hukum air cucian lantai halaman rumah yang ada pelihara anjing tersebut yang terkena pada kaki saya itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, oleh kerana saudara sendiri tidak pasti yang dibasuh oleh jiran itu apa, dan tidak pasti di mana anjingnya berada, maka percikan air basuhan tersebut tidak boleh dihukumkan sebagai mutanajjis kerana ketidakpastian saudara. Kaedah Feqh menyebut : اليقين لا يزول بالشك Maksudnya : “Keyakinan itu tidak dapat dihapuskan dengan perasaan syak (tidak pasti)”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 135

message user image