BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: As Salam, Abang saya ingin membeli sebuah kereta menggunakan nama saya. Persetujuan di buat secara lisan, iaitu membenarkan beliau menggunakan nama saya untuk membeli kereta tersebut. 1. Setuju secara lisan untuk menggunakan nama saya. 2. Selepas beberapa tahun, tak mampu bayar dan akhirnya nama saya disenaraihitam. 3. Bank telah menyaman saya dan mahkamah jatuhkan hukuman bankrap terhadap saya. 4. Abang saya meninggal dunia pada 2018. Bercerai dan meninggalkan seorang anak perempuan. 5. Pembahagian KWSP (2/6 – bapa, 1/6 – ibu & 3/6 – anak perempuan) Jumlah hutang kereta tersebut adalah RM45,000. Selepas pengeluaran diluluskan, adakah boleh digunakan bahagian bapa & ibu bagi membayar hutang itu.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, harta peninggalan si mati tidak boleh difaraidkan sebelum diselesaikan segala hutang-hutangnya, termasuklah hutang pembelian kereta yang dibuat perjanjiannya secara lisan. Setelah selesai, barulah bakinya boleh difaraidkan. Namun, jika wang KWSP arwah telah dibahagikan, bahagian bapa dan ibu boleh digunakan dengan syarat mereka setuju dan redha untuk menyerahkan bahagian mereka bagi tujuan pembayaran hutang kereta tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 132

message user image