Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam. Saye ingin bertanye 2 soalan. 1. Apakah ia pernah diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW secara khususnya tentang " Istigfar Rejab "? Iaitu membaca sebanyak 70 kali selepas solat fardu isyak. 2. Adakah ia benar, bahawasanya ia pernah dikatakan oleh Imam Syafi'ie tentang 5 malam mustajab doa: a Malam Jumaat b.Malam Hari Raya Aidil Fitri cMalam Hari Raya Aidil Adha dMalam Pertama Bilan Rejab e.Malam Nifsu Sya'ban. Info2 ni banyak dikongsi di whasapp dan saye tidak tahu sama ada ia sahih atau tidak.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Tiada riwayat berkenaan perkara tersebut. Allah SWT dan Nabi SAW tidak mengkhususkan bacaan istighfar pada bulan-bulan tertentu dan pada masa-masa tertentu sahaja. Justeru, istighfar boleh dibaca pada bila-bila masa sebagai zikir harian. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Ali'Imraan :190 - 191) Istighfar boleh dibaca pada bila-bila masa kerana banyak fadhilatnya, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas dia berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda ; مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِب Maksudnya : “Barang siapa yang melazimi membaca istighfar, Allah akan menjadikan dari setiap kesedihan kelonggaran, dan dari setiap kesempitan jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Ibnu Majah) 2. Ada dinyatakan dalam kitab karangan Imam al-Syafie dalam bab ibadah pada malam dua hari raya iaitu : Berkata Imam al-Shafie : “Sampai kepada kami bahawa ada dikatakan doa akan diterima pada lima malam; pada malam Jumaat, malam Hari Raya Qurban, malam Hari Raya Puasa, awal malam dari bulan Rajab dan malam pertengahan bulan Sya’ban (malam Nisfu Sya’ban)” (al-Umm) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.