BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ ustazah Saya ada sedikit kemuskilan berkaitan : 1. Saya mengambil anak angkat perempuan. Jadi utk menjadikan baby bwh 2 tahun ini mahram, maka anak buah suami menjadi ibu susuannya.. Adakah ianya sah suami saya dapat menjadi mahram bayi ini sekarang.. Sebb saya tidak dapat menghasilkan susu utk bayi dan tiada adik beradik terdekat utk menyusukan. 2. Adakah dlm hukum di atas td.. Suami boleh menjadi wali kepada bayi angkat tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Suami puan telah menjadi mahram kepada anak angkat tersebut, jika suami puan itu merupakan adik-beradik sebelah bapa atau sebelah ibu kepada anak buah (yang menjadi ibu susuan) apabila cukup syarat susuan. Ini kerana kemahraman penyusuan menjalinkan hubungan kekeluargaan antara anak susuan tersebut dengan keluarga ibu susuannya sahaja yang haram dikahwini sebagaimana hubungan keturunan. Bermakna, kemahraman anak susuan itu nanti adalah kepada bapa susuan (suami ibu susuannya), adik-beradik susuan (anak kandung ibu susuannya), bapa saudara sebelah bapa dan sebelah ibu kepada ibu susuannya dan datuk susuannya hingga ke atas. Walaupun bayi tersebut merupakan anak angkat puan, melalui susuan bayi itu menjadi cucu saudara susuan kepada suami puan, kerana bayi itu adalah anak susu kepada anak buah suami puan. Rujukan fatwa : http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/267-hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat 2. Suami puan tetap tidak boleh menjadi wali kepada bayi angkat tersebut kerana kemahraman penyusuan tidak sama dengan kemahraman disebabkan perkahwinan. Ini kerana anak susuan tidak boleh mewarisi harta pusaka ahli keluarga susuannya dan tidak boleh dinasabkan kepada bapa susuannya. Anak angkat tersebut kelak hendaklah diwalikan menggunakan susunan walinya yang sebenar, namun jika tiada boleh berpindah kepada Wali Hakim. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 251

message user image