BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya mempunyai soalan tentang berpuasa. Semasa puasa tahun lepas, saya sedangkan mengandungkan anak sulung saya jadi saya telah meninggalkan 4 hari puasa kerana bimbang dengan keselematan kandungan saya yang tidak aktif pada awal puasa. Berkenaan perkara ini saya telah sedia maklum bahawa saya perlu menggantikan puasa. Namun saya ingin mengetahui hukum apabila saya tidak dapat menggantikan puasa yang lalu sebelum ketibaan puasa pada tahun ingin kerana bimbang akan mempengaruhi jumlah pengeluaran susu badan dan factor lapar yang kuat selepas susu diperah. Adakah puasa tersebut digandakan sekiranya saya tidak dapat menggantikannya sebelum ketibaan Ramadan yang baru? Dan sama ada saya dibenarkan untuk tidak berpuasa pada Ramadan kali ini kerana masih lagi menyusukan bayi yang berumur 9 bulan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, tetap perlu mengqada’kan puasa selama yang tidak dapat dilaksanakan sebelum masuk ramadhan tahun 2018. Namun, jika masih tidak dapat qada’ sehingga bertemu ramadhan berikutnya, maka pada tahun 2019 perlu qada’ dan fidyah bagi setiap hari yang luput. Kaedah pembayaran fidyah adalah dengan mengeluarkan bayaran fidyah sebanyak 1 cupak darab 30 hari (puasa yang ditinggalkan). Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 265

message user image