Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Perkerjaan saya sebagai kerani yang berkerja 8 jam di hadapan komputer. Soalan saya..apa hukumnya saya menggunakan Internet syarikat untuk mendengar ceramah agama, mendengar mengaji di komputer yg saya gunakan sambil membuat kerja
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, adalah harus jika mendapat kebenaran, dengan syarat tidak mengganggu kerja utama. Adapun, elakkannya lebih utama. Sebaiknya gunakan internet sendiri untuk kegunaan peribadi. Gunakan peralatan pejabat untuk urusan pejabat sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.