BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamu'alaikum! APAKAH HUKUM Isteri MEMBERI HADIAH KEPADA LELAKI AJNABI TANPA PENGETAHUAN Dan TANPA IZIN SUAMINYA?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan tuan, jika pemberian hadiah itu dibeli daripada wangnya sendiri dan diberikan tanpa apa-apa muslihat, ia adalah harus. Bagaimanapun adalah lebih baik tidak membelikan hadiah atau pun perlu dimaklumkan kepada suami, supaya dapat elakkan fitnah sesuai dengan kaedah fiqh : الضرر يزال Maksudnya : “Mudharat hendaklah dielakkan” والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 65

message user image