BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Boleh saya tahu, apakah hukum buat eyelash lifting ? Haram atau dibolehkan ? TQ


message user image

Jawapan  

Hukum eyelash lifting adalah dibolehkan selama mana ia tidak mengubah kejadiannya secara kekal. Tindakan membuat eyelash lifting atau melentikkan bulu mata yang bersifat sementara dan tidak mengubah kejadian ciptaan Allah SWT adalah harus. Hiasan kecantikan adalah fitrah bagi wanita dan Islam juga suka kepada kecantikan. Bagaimanapun dinasihatkan kepada semua khususnya para wanita agar berhias dan mencantikkan diri dengan kadar yang sederhana, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak mengubah ciptaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Katakanlah (wahai Muhammad) : “Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?’ (surah al-A’raf : 32) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 1438

message user image