Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apa hukum seorang wanita islam menderma darah di tempat umum? Yang dapat dilihat ramai orang?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, menderma darah hukumnya adalah harus, sama ada dilakukan di tempat tertutup atau ditempat awam dengan syarat menjaga auratnya kerana mendedahkan aurat adalah haram, kecuali bahagian yang diperlukan bagi proses menderma darah tersebut. Bagaimanapun, sebaiknya hendaklah ditutup. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.