Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya jika semua dalam kehimpitan hidup dan darurat yg panjang contoh peperangan. bagaimana hutang kita antara bank?Adakah hutang bank sama macam hutang biasa? Mohon pencerahan terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, setiap hutang adalah sama dan ia wajib dilunaskan walaupun berlaku kehimpitan dan darurat. Begitu juga hutang dengan bank hendaklah dibayar sebagaimana yang dijanjikan melalui kontrak hutang. Jika bank Islam, ia adalah pembiayaan yang mana biasanya ada takaful bagi menjamin pembayaran hutang. Namun, jika peperangan berlaku, semua akan terjejas, bank juga akan ditutup dan segala urusniaga akan terhenti. Bagi yang tidak berkemampuan, dibolehkan untuk menangguh pembayaran hutang, kerana hutang tetap wajib dibayar selagi hidup. Terdapat hadith yang diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad, dari ayahnya, dari 'Abdullah bin Ja'far, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang berhutang, sehingga dia membayar hutangnya, selama hutang tersebut bukan sesuatu yang dibenci Allah". (Riwayat Ibnu Majah) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.