Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Jika seseorang itu mengambil lesen tetapi dengan memberi duit kepada pengajar agar diluluskan disebabkan masalah masa dan duit adakah lesen itu haram dipakai dan bagaimana langkah penyelesaiannya
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, lesen tersebut tidak salah dan tidak haram digunakan. Yang berdosa adalah pelatih dan pengajar kerana mereka berdua melakukan kesalahan rasuah dan penyelewengan dalam proses pengambilan lesen. Perbuatan tersebut hukumnya adalah haram. Langkah penyelesaiannya, elakkanlah rasuah dan salah guna kuasa kerana ia bukan perkara yang diajarkan dalam Islam. Pelakunya hendaklah bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut. Disamping itu, belajarlah mengikut masa yang dijadualkan dan bayarlah dengan bayaran yang telah ditetapkan kepada semua pelatih. Dan pastikan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dikuasai agar tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.