BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah, Soalan saya adalah, apakah hukumnya jika bekas isteri ingin berkahwin dengan adik beradik bekas suami (sebapa tapi berlainan ibu)


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan puan, perkahwinan tersebut hukumnya adalah harus, kerana adik-beradik bekas suami (berlainan ibu) adalah bukan mahram dan mereka boleh berkahwin, selepas tamat iddahnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 125

message user image