Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Wajibkah seorang isteri membayar kafarah arwah suami(kerana bersetubuh di bulan ramadan) .Suami telah meninggal dan tak sempat membayar kafarah. Bagaimana cara nak bayar supaya aib suami dapat dijaga.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, isteri tidak wajib membayar kaffarah arwah suami dengan berpuasa. Bagaimanapun, harus dibayar dengan makanan asasi mengikut perkiraan hari (1 cupak x 60 hari = 60 cupak). Sebagai usaha melepaskan tanggungannya dengan Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.