BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkaitan haid dan istihadah. Pada 14hb hingga 18hb didatangi haid. Selepas suci 2 hari darah keluar lagi dan berlarutan. Masalah saya ingin tahu 14hari dikira dari 14hb atau 20hb. Selebihnya dikira sebagai darah istihadah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tempoh maksimum haid adalah 15 hari. Jika darah masih keluar selepas hari ke 15, itu merupakan darah istihadah. Kiraannya hendaklah dikira pada hari pertama haid iaitu 14hb sehingga hari ke 15 (tempoh maksimum). Selepas itu, darah yang keluar dihukumkan istihadah. Berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah RA, menerangkan bahawa Fatimah binti Abi Hubaisy RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: إنى امرأة استحاض فلا أطهر افأدع الصلاة؟ فقال : لا، إنما ذلك عرق وليس بالحيضة فإذا أقبلت الحيضة فدعي الصلاة وإذا أدبرت فاغسلي عنك الدم وصلي Maksudnya : “Sesungguhnya aku didatangi istihadah, maka aku tidak suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”. Rasulullah SAW menjawab: “Tidak, sesungguhnya itu ialah ‘irq (penyakit). Tinggalkan solat pada kadar haid yang kebiasaan bagi kamu, kemudian hendaklah kamu mandi dan dirikan solat”. (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 147

message user image