BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz, ustazah.. Sy nak tanya apakah hukumnya sekiranya suami memberitahu kepada org lain (secara lisan atau bertulis) "sy dan isteri, nama... sudah bercerai"? Adakah jatuh talaknya? Sekiranya jatuh, bagaimanakah caranya dianggapkan sudah rujuk kembali? Kalau tak silap sy, cerai rujuk hanya dibolehkan 3 kali shj, selepas itu tidak boleh rujuk seperti biasa lagi kan? Betol ke? Maksudnya sekiranya percakapan atau tulisan suami mengatakan sudah bercerai dengan isteri sebanyak 3kali, maknanya talaknya sudah jatuh sbnyk 3 kali?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan tuan, ayat “Saya dan isteri ... (nama) sudah bercerai”, adalah lafaz yang berbentuk pernyataan sahaja. Bukan berupa talak. Walau bagaimanapun, bagi menentukan sama ada berlakunya cerai atau tidak, pihak yang terlibat hendaklah merujuk perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggalnya untuk mendapat pengesahan dari Hakim Syarie. Dinasihatkan supaya tidak bermudah-mudah membuat pernyataan tersebut. Jika tidak benar ia adalah dusta. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 133

message user image