Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum wbt Ustaz, Saya ingin bertanya, faedah adalah riba, apakah hukum bagi orang yang bekerja di syarikat yang mengenakan cas pada pelanggan yang mempunyai terma hutang bertempoh di mana apabila pelanggan (kebiasaannya hanya syarikat dan bukan individu) itu tidak dapat membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan cas faedah , dan pekerja di syarikat itu mengisukan invois atau debit note keatas pelanggan yang lambat membayar hutang
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukum bekerja di syarikat yang menguruskan hutang tersebut adalah dilarang dan wajib mencari pekerjaan lain kerana terlibat dengan riba yang diharamkan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (al-Maaidah : 2) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.