BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustd. Saya nak tanya satu soalan dan ingin kepastian Soalan saya Saya seorang kakitangan kerajaan di tukarkan kesemenanjung. Dalam masa yg sama isteri saya berada di sabah tawau. Sudah setahun saya tidak pulang kesana. Nafkah berupa wang belanja saya kirim setiap bulan. Sentiasa berhubung melalui wasap bertanya khabar. Adakah jatuh talak sekiranya nafkah batin saya tidak tunaikan. Mohon pencerahan dari ustd. Kekangan kewangan pon penyebab utama saya tidak dapat bercuti .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan tuan, tidaklah jatuh talak dengan sebab yang tuan nyatakan. Ini kerana nafkah batin bukan tertumpu kepada hubungan kelamin sahaja, ia meliputi hubungan perasaan, emosi dan kasih-sayang sesama suami isteri walaupun berjauhan. Tambahan pula isteri tidak menuntutnya. Namun, kebiasaannya seorang wanita tidak boleh ditinggal lebih 4 bulan tanpa keperluan nafkahnya sebagaimana lafaz taklik dalam surat nikah iaitu ; I. Apabila saya tinggalkan isteri saya selama empat bulan hijrah berturut turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan; II. Saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa yang tersebut padahal dia taatkan saya atau ; III. Saya melakukan sebarang mudhorat kepada tubuh badannya; IV. Kemudian dia mengadukan kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah dan dia memberi kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya RM1 maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talaq khul’.” Berkomunikasi melalui telefon, Whatsapp dan sebagainya juga adalah bentuk hubungan batin. Ini kerana, walaupun berada jauh di mata, tuan tidak mengabaikan isteri dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Isteri juga perlulah bertimbang rasa dengan memahami tugas dan khidmat suaminya walau dimana ia ditempatkan. Dinasihatkan agar merancang waktu cuti, tambahan pula banyak kemudahan pengangkutan udara sekarang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 135

message user image