BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum ustaz, saya ada 2 pertanyaan. 1. Apakah hukum pelaburan saham didalam islam? 2. Apakah hukum jual beli saham didalam kurang tempoh 1/2 jam. contoh, pukul 10pagi kita beli saham dan pukul 11pagi atau 12tengahari pada hari yang sama kita jual saham tersebut? Adakah dibenarkan didalam islam?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan; 1. Hukum pelaburan saham dalam Islam adalah harus, dengan syarat pelaburan tersebut dalam sektor-sektor pelaburan yang patuh syariah, yang tidak melibatkan perjudian, riba’ dan gharar. 2. Hukumnya adalah sah dengan syarat ijab qabul telah terlaksana dalam pembelian dan pemilikan saham. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam, beliau berkata ; قلت يا رسول الله يأتيني الرجل يسألني البيع ليس عندي ما أبيعه، ثم أبيعه من السوق؟ فقال: لا تبع ما ليس عندك Maksudnya : Aku berkata kepada Rasulullah SAW ; “Wahai Rasulullah, ada orang yang mendatangiku. Orang tersebut ingin mengadakan transaksi jual beli, denganku, barang yang belum aku miliki. Bolehkah aku membelikan barang tertentu yang dia inginkan di pasar setelah bertransaksi dengan orang tersebut?” Kemudian, Nabi bersabda, “Janganlah kau menjual barang yang belum kau miliki.” (Riwayat Abu Daud) Mesti beli dan miliki dahulu sebelum dijual. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 192

message user image