BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalam..ustad/ustazah.. sy ingin bertanya jatuh atau tidak jika suami melafaz kan "aku memang nak ceraikan kau"ketika bergado mulut c suami lafaz kan..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz suami “Aku memang nak ceraikan kau”, yang dilafazkan ketika bergaduh adalah lafaz talak kinayah. Oleh itu, jatuhlah talak jika suami memang berniat untuk cerai. Namun, jika tidak berniat, maka tidak jatuh. Justeru, perkara ini hendaklah dikemukakan terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk difailkan dan dibuat pengesahan oleh Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa mengesahkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 142

message user image