BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Apakah hukum sekiranya isteri gemar memakai seluar pendek dan singlet sahaja di rumah sepanjang masa? Apakah tidak elok? Saya dan isteri hanya berdua sahaja di rumah. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan tuan, adalah harus dan tiada larangan bagi isteri untuk berpakaian sedemikian, kerana ia dipakai di dalam rumah berdua bersama suaminya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka...” (an-Nur : 31) Berdasarkan kepada ayat di atas, adalah harus isteri memperlihatkan atau membuka auratnya/ perhiasan tubuh untuk suaminya sendiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 141

message user image