Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Pertanyaan: ASSALAMUALAIKUM. SAYA INGIN BERTANYA, ADAKAH JATUH TALAK SEKIRANYA SUAMI TERLEPAS CAKAP LAFAZ AKU CERAIKAN ENGKAU SEBANYAK DUA KALI SEORANG DIRI TANPA PENGETAHUAN ISTERI (DALAM BILIK AIR)..DALAM MASA YANG SAMA SUAMI WAS2 SAMADA DH LAFAZ KE BELUM? LAGI SATU ADAKAH JATUH TALAK SEKIRANYA SUAMI BERKATA: DIA TAK TAHU YANG DIE DH AKU CERAIKAN GARA GARA DENGAN UCAPAN YANG SUAMI LAFAZ SEORANG DIRI TADI, YANG SUAMI YAKIN JATUH TALAK.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Lafaz talak yang disebut secara sendirian itu merupakan lafaz talak yang soreh (jelas) maksudnya. 2. Oleh kerana suami yakin talak telah jatuh, maka perkara ini hendaklah terus dikemukakan ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan oleh Hakim Syarie. Dinasihatkan agar tidak bermain dengan lafaz talak, ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.