Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Subject: Hukum buat plaque untuk kawan meninggal Assalamualaikum... Soalan saya: Kami hendak membuat plaque sebagai mengenang jasa arwah setiausaha persatuan kami yg tlh meninggal. Plaque itu hendak diserahkan kpd keluarganya. Apakah hukumnya. contoh draftnya saya sertakan. Sekian terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, tiada halangan dan harus membuat plaque tersebut untuk diserahkan kepada keluarganya. Tambahan pula, ada doa yang diselitkan. Semoga ia menjadi doa berterusan kepada siapa yang membacanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.